KUASA-KUASA PESURUHJAYA SUMPAH

 

Apakah kuasa-kuasa Pesuruhjaya Sumpah (kategori peguam bela dan peguam cara)?
Kuasa-kuasa Pesuruhjaya Sumpah (kategori peguam bela dan peguam cara) ada diperuntukkan di bawah Kaedah 9, Kaedah-Kaedah Pesuruhjaya Sumpah 2018. Berikut adalah kuasa-kuasa Pesuruhjaya Sumpah (kategori peguam bela dan peguam cara) namun tertakluk kepada syarat atau batasan pelantikannya:
  1. menerima akuterimaan perempuan bersuami dalam semua hal jika akuterimaan dikehendaki oleh undang-undang supaya diambil di hadapan seorang pegawai awam; 
  2. menerima akuterimaan ikatan jaminan atau bon jaminan; 
  3. mengendalikan sumpah untuk- 
    1. justifikasi jaminan;
    2. mengambil apa-apa afidavit atau ikrar; 
    3. menerima dan mengambil jawapan, rayuan, demurer, penolak tuntutan, pengataan atau pemeriksaan mana-mana pihak atau pihak-pihak dalam apa-apa tindakan; 
    4. pemeriksaan mana-mana saksi atas apa-apa interogatori atau de bene esse atau pemeriksaan utama atau pada mana-mana keadaan lain; 
    5. sumpah wasi dan pentadbir; dan 
    6. sumpah mana-mana orang dalam apa-apa tindakan, perkara atau prosiding yang menunggu penyelesaian atau hampir hendak dimulakan dalam mana-mana mahkamah.
  4. mengambil dan menerima akuan berkanun. 


Dengan syarat bahawa seseorang peguam bela dan peguam cara yang dilantik sebagai Pesuruhjaya Sumpah tidak boleh menjalankan apa-apa fungsi yang dinyatakan dalam perenggan (a) hingga (d) berkenaan dengan mana-mana dokumen yang disediakan olehnya dalam mana-mana prosiding mahkamah yang diwakili oleh peguam bela dan peguam cara itu atau firmanya.
Apakah kuasa-kuasa Pesuruhjaya Sumpah (kategori pegawai awam, pegawai badan berkanun dan mana-mana orang lain)?
Kuasa-kuasa Pesuruhjaya Sumpah (kategori pegawai awam, pegawai badan berkanun atau mana-mana orang lain) ada diperuntukkan di bawah Kaedah 10, Kaedah-Kaedah Pesuruhjaya Sumpah 2018. Berikut adalah kuasa-kuasa Pesuruhjaya Sumpah (kategori pegawai awam, pegawai badan berkanun atau mana-mana orang lain) namun tertakluk kepada syarat atau batasan pelantikannya:
  1. mengendalikan sumpah untuk-
    1. justifikasi jaminan; 
    2. mengambil apa-apa afidavit atau ikrar; 
    3. sumpah wasi dan pentadbir; dan 
    4. sumpah mana-mana orang dalam apa-apa tindakan, perkara atau prosiding yang menunggu penyelesaian atau hampir hendak dimulakan dalam mana-mana mahkamah. 
  2. mengambil dan menerima akuan berkanun. 


Dengan syarat bahawa seseorang pegawai awam, pegawai badan berkanun atau mana-mana orang lain yang dilantik sebagai Pesuruhjaya Sumpah tidak boleh menjalankan apa-apa fungsi yang dinyatakan dalam perenggan (a) dan (b) berkenaan dengan mana-mana dokumen yang disediakan olehnya

No comments:

Post a Comment